Ahad, 15 Julai 2012

Sigar

Sebenarnya, aku bukanlah mahu menulis tentang sigaret jenis apa yang aku hisap. Atau, perisa apa yang paling aku suka, berapa batang sekotak, gudang garam, Philip Morris, Von Eicken, tak tak tak. Bukan itu semua. Ini tentang perasaan seorang lelaki yang sedang dalam tempoh tidak merokok.

Daripada aku darjah 4, aku mula hisap rokok secara berkompolan. Rokok yang paling solid ketika itu ialah Surya 16 atau Winston gambar helang berekor. Jadi, kalian bolehlah bayang kan berapa banyak racun yang dah berkumpul di dalam benak sanubari aku dan betapa tegar-nya aku merokok itu adalah rahsia kerana bila aku congak, jumlah tersebut, sudah mampu untuk aku miliki kereta sendiri dengan bayaran penuh. Damn. Aku tersebut juga.

Bila cuba untuk tidak merokok ni, tekak akan rasa loya lain macam. Seperti ada benda tersangkut dikerongkong. Terutama selepas makan, perasa makanan yang tertinggal di mulut akan membuatkan anda tidak selesa dan bila anda mahu berak, jika tidak meng-hisap sigar, tahi tidak dapat dikeluarkan dengan momentum yang baik. Maka, akan terjadilah berak tak lawan, sembelit dan ketidak puasan hati disitu akibat tidak lega ketika penghadaman.

begitulah serba sedikit pengalaman aku ketika dalam tempoh tidak merokok.


2 ulasan: