Isnin, 6 Ogos 2012

Jauh #2

Disatu kawasan yang lapang. Seperti padang sahara. Kau berdiri disana, dan aku berdiri  - disini. Aku lihat, kau sedang memandang aku. Aku pula memandang kau. Dengan penuh sopan kau berpakaian seperti kali pertama kita berjumpa, kau terus memandang aku.

Dan terus memandang, terus memandang, terus memandang, terus memandang, terus memandang, Dan terus memandang, terus memandang, terus memandang, terus memandang, terus memandang, Dan terus memandang, terus memandang, terus memandang, terus memandang, terus memandang, Dan terus memandang, terus memandang, terus memandang, terus memandang, terus memandang, Dan terus memandang, terus memandang, terus memandang, terus memandang, terus memandang.

Aku jadi penat. Mataku dimasuki habuk. Perjalanan aku jauh lagi. Melihat kau dihadapan, aku jadi terpesona; betapa indahnya ciptaan (kau) Tuhan. Kalau boleh aku rentas miraj kasar antara kita, Perlahan-lahan, tetap juga aku selamat tinggal pada kau. Dan aku tahu, nanti ada sesuatu yang menanti aku. Dengan revolver Jericho '46 ditangan, aku acukan ke kepala aku. Seraya kau kerlipkan mata - terus memandang aku, aku sudah pupus, bersepai menjadi debu ditiup angin padang sahara.

satu atau dua nafas, kau mampu habiskan ini. Pada nota kecil yang aku tulis; "perjalanan kita jauh lagi. Aku terus mahu menjadi sepi!"

1 ulasan: