Ahad, 19 Ogos 2012

Lost

(i)

Seorang perempuan yang bernama Ungu kehilangan jiwanya. Ketika dia-sms pada saya tentang jiwanya yang hilang itu, dia sedang berumur 20 tahun. Setahun lebih tua dari saya. Dan dia perempuan. Pelajar jurusan kulinari di SEGi kolej.

Kami pun berbual. Pada tiap-tiap sms, saya tanyakan persoalan, dan pada sms dia curahkan perasaan. Sehinggalah saya menjadi hairan, isu lelaki banjingan yang tidak mempedulikan sayang dia - timbul. 

"Kau sebenarnya hilang pakwe atau hilang jiwa ni?"
"Sudahlah, kau tak akan faham perasaan dan diri aku"
"Ha?"

Dia tidak reply sms saya. Saya hairan, samada cinta dan jiwa itu nama orang, dan saya sedang mengutuknya, atau saya yang silap taip.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan