Jumaat, 28 September 2012

Portal

Atuk gunting cengkih menjadi serbuk-serbuk kecil. Kemudian dia renjis ke atas kertas putih yang diatasnya timbunan urat-urat tembakau. Tiba-tiba, atuk berhenti. Di tv, Galaksi sedang berkumandang. Seorang wartawan wanita bertanya pada seorang artis perempuan. Lebih kurang begini soalannya;

"Gous, you bila nak kahwin?" tanya wartawan itu.
"I tak jumpa lagi jodoh i, you know, sebab i sibuk dengan lakonan apa semua tu" jawab artis tersebut. Rambut yang ikal berkilau-kilau hitamnya. Bibir merah cerinya, orgasma. Giginya putih. Senyumnya, klimaks - puas.

"Tak jumpa lagi atau you yang jual mahal ni?" sambung wartawan.
"No, susah, i mean, i tak ada masa. Hahaha!" jawab artis itu lagi. Gelak terkekeh-kekeh. Atok, yang berada dihadapan tv, tersenyum kecil.

"I tengok, you kat twitter, bukan main lagi sayang-sayang dengan Isac, ada apa-apa keee?" tanya wartawan itu lagi.
"Eh, you yang lebih-lebih ni, kenapa? hahaha" balas artis itu lagi. Rambut yang ikal berkilau-kilau hitamnya. Bibir merah cerinya, orgasma. Giginya putih. Senyumnya, klimaks - puas. Atuk tersenyum kecil.

Saya dibelakang atuk - melintasi barisan sofa biru dan sebuah portal yang menayangkan portal Buletin para Art-is. Tiba-tiba, bulu tengkuk saya meremang. Boleh tak ni?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan