Sabtu, 13 Oktober 2012

17

Seorang remaja lelaki yang sedang menunggu February tiba, sedang terkial-kial menyiapkan sebuah novel fiksyen---yang terinspirasi dari Islam Hadhari dan sebuah jurnal A. Kadir Adabi (1920). Malangnya, pada kilometer yang ke 30,567 dia tersadung seketul batu dan terpaksa mengulang baca kembali draf novel fiksyennya sambil menghisap rokok perisa American-British Tobacco. Satu kata putus diambil bahawa, sebagai rock star kelas ketiga dan penganut melodi anarki, draf novel fiksyen itu dibiarkan menjadi draf dan sekadar draf yang menjadi landskap kotor sebuah 'grafik' yang 'terampil' sehinggalah remaja itu sedar, 'grafik' dan 'terampil' tidak akan muncul tanpa ada tajuk yang fantastik.

Fantastik seperti kita bangun pagi, sapu jem pada dua keping roti bakar, secangkir kopi panas dipenjuru sambil membaca novel Platform karya Michael Huoellebecq. Rasa begitu jahhannm menaip nama 'Huoellebecq' sehingga kita lupa, kita nak cakap apa sebenarnya ni? 

Konon dinamiklah tu, huh?



4 ulasan:

  1. mungkin kita patut sumbat roti kat mulut hang dan kemudian barulah semua idea mencurah-curah ke ladang gandum.

    BalasPadam