Jumaat, 15 Mac 2013

60

Satu siang di rumah, saya lupa bila, tapi ia berlaku di rumah dalam keadaan saya tersedar dari tidur. Tubuh mengecut di dalam selimut dan saya dengar suara Ian Lemmy menyanyikan lagu Don't Let Daddy Kiss Me dengan irama bass yang cukup ampuh. Saya pantang dengan bangun-bangun dengar lagu macam tu. Rasa macam nak step-up. Lupakan.

Saya dengar suara Ian Lemmy samar-samar. Dari arah penjuru meja-kerja saya. Jangan pelik atau anggap ini sebuah entri experimental, split-personaliti atau apa. Macamlah kau tak pernah alami benda ni. Tapi, saya bukan mahu bercerita tentang muzik, Ian Lemmy, step-up dan lain-lain. Ia tentang, keadaan di mana saya sedang baring dan kemudian menghadap suasana siang diluar melalui tingkap; rembesan cahya matari, bau rumput hijau yang baru dipotong, dan desir-desir suara kanak-kanak bermain parit. Saya nampak momen itu dalam keadaan saya terbaring. Saya cuba sentuh sisi tingkap tersebut sekalipun saya tahu ia bukan tingkap dan saya sedang diperbodohkan. Tapi, saya yakin (setelah 15 minit berfikir-fikir, barulah saya sedar) ketika itu, saya ialah imej di dalam frame gambar yang tergantung - dan tidak langsung diperhatikan tetapi gelagat suasana siang itu ia amat asing. 

Saya dapat rasakan bagaimana roh keluar dari jasad ketika saya hendak tidur. Secara mutlak. Dan belakang kepala saya terasa berat, dan sebelum saya dapat lihat suasan siang itu, pandangan saya menjadi hitam dan putih seperti di dalam filem Trafic. Ia bukan filem dalam kata sebenar, ia dalam sinopsis filem Trafic yang panjang dan pegun. Ya, pegun dan


1 ulasan:

  1. dan???

    pang... aku lempang bagi kau tersedar...

    BalasPadam