Sabtu, 25 Mei 2013

63

Saya bukan marah atau benci duduk/hidup/tinggal di dalam kolektif. saya tidak pernah sesal/kesal/apatah lagi memburukkan mana-mana kolektif. saya cuma penat dengan diri sendiri; kita seharian mengejar kehidupan tanpa kita sedar kehidupan telah lama meninggalkan kita. adakah saya/kita telah mati (sebenarnya?). tentulah tidak - kalau saya kata 'ya' pun, siapa mahu percaya.

Mungkin bila saya ceritakana bagaimana perasaan saya menonton filem-filem itu/ini, yang lebih baik dari yang awak sangka, awak akan rasa, 'ek eleh, mamat ni, konon jiwa seni lettu'. Apakata kita sangkal semuanya. Kita berbalik kepada kosong (0).

Saya andaikan kosong (0) inilah jiwa saya/kita (semua). Sehinggalah saya sedar, saya/kita bukan mati atas nama kolektif. tetapi atas dasar terlalu riuh mendengar/membaca/menelaah puisi-puisi yang telah mati. sekarang, saya tahu macam mana untuk membenci(?) kolektif, atau, lebih mudah, saya muak. muak dihimpit hidup di dalam kolektif yang penuh dengan ide/rupa tanpa dimensi. seorang pemuisi berdiri dihadapan saya. sedang membacakan puisi. tapi saya nampak kosong (0). lalu, bagaimana saya harus hidup dengan puisinya itu, sedangkan awak sendiri beritahu saya, puisi ini tentang jiwa, puisi ini tentang rasa, tentang cinta. wadefak doh?.

Saya tidak menyamakan saya dengan; apa yang orang panggil, yakni lebih seni. saya sendiri tidak tahu berpuisi. saya hentam. sehingga saya tahu, yang saya jujur. saya jujur untuk beritahu awak yang saya bukan penulis. saya jujur untuk beritahu awak yang saya cintakan awak. tapi saya tidak memaksa awak untuk percayakan saya, dan 'awak pun kena jujur dengan saya', lalu mungkin kita boleh hidup bersama?.

satu lagi shit.

saya kosong (0). saya membenarkan orang jujur dengan saya, saya jujur dengan awak, dan saya tidak memaksa awak untuk percaya saya. puisi, bukan sesuatu yang memaksa. puisi langsung tidak ada hierarki. puisi SN, tidak beza dengan puisi Abdullah Badawi, tidak beza dengan kita yang berpuisi?. lalu apa bezanya tanya awak?.

ialah metafora-metafora yang mati.

2 ulasan:

  1. jadi cakap dgn nada biasa dan ikhlas...

    luhur hati...

    itulah beza, puisi dan luahan hati...

    :)

    BalasPadam
  2. sedangkan hidup pun adalah sebuah puisi.

    gi mana? :)

    BalasPadam