Selasa, 28 Mei 2013

jenny, perempuan-perempuan hantu, dan surat tidak beralamat

saya terima beberapa keping surat. saya duduk, membukanya dengan tiada rasa apa. membuka bungkusan mee segera lebih mendebarkan dari membuka surat-surat ini. tapi satu malam, saya telah terima sepucuk surat yang terisi di dalamnya beberapa keping gambar.

ok, saya tidak mahu menipu yang ia seperti putaran plot-plot di dalam filem advencer. tapi saya mahu lihat ini, dari sebuah bingkai tiga dimensi. terima kasih untuk yang sudah meminjamkan saya pen.

jenny, saya tahu itu bukan nama dia yang sebenar. dia bekas teman wanita saya dan kami masih lagi menaruh harap (cliche) -an antara satu sama lain (muntah). sehinggalah surat ini anda baca, serentak, saya sedang dalam perjalanan mencarinya - seperti yang diarahkan di dalam surat tersebut. ia seperti, "hei, saya sayang/cintakan awak lagi, carilah saya." dan saya hanya jawab, "tentulah," dalam maksud-saya-yang bercampur ego, ia berbunyi, "saya cintakan awak lagi." saya tidak memanggilnya sayang,baby, jenny, manja, mama, atau ayat-ayat yang jika disebut, kita sudah bayangkan betapa kami terlalu....intim. bayangkan kami terlalu intam.

saya sebenarnya sedang menyusun sebuah lagi draf dalam erti kata lain, paling tidak pun, tunggulah suatu hari nanti, bila awak baca tulisan/entri ini sehingga awak lupa siapa, dimana awak membacanya, dan kemudian suatu hari awak akan kata, "dia (saya) penipu yang meniru".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan