Isnin, 16 September 2013

tiub yang paling panjang di dalam perut, secawan jus lobak

Jus lobak saya tak akan pernah habis kalau tak ada ais, juga kalau diletakkan susu. saya akan muntah. juga kalau fikirkan dia yang kadang berjalan ke sana ke mari, ke kuliah saban hari, berlibur bersama teman-teman, saya akan risau. saya tak tahu siapa yang boleh jagakan dia dan beritahu saya tiap masa yang "dia okay". Saya cuma berdoa. moga tuhan ampunkan dosa saya dan berikan perlindungan pada dia. kadang dengan umur dia yang 21 tu yang poyo tu, dia tak patut keluar dan, saya pula tidak patut terlalu kejam untuk kurung dia dirumah.

hati-hatilah apa-apa pun mai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan