Isnin, 28 Oktober 2013

sisa pai basi pada kolar kemeja-mu. awak perasan, tapi awak lupakan.

Macam sekarang awak 20-an, kurang dan tidak lagi menonton kartun pada pagi hujung minggu. Awak cuma pasang tivi cuma untuk padamkan kesunyian - bahawa lelaki harapan awak sedang keluar mencari labu kuning manis untuk dijadikan pai sempena kali pertama awak bersarapan dibawah satu bumbung bersamanya. Sebelum dia keluar dan berpura-pura dia akan ok, dan tidak mati dipertengahan jalan, dia tunjukkan pada awak wajah yang paling hodoh awak pernah tengok, dan sewaktu dia sarungkan seluar jeans, dia seperti agar-agar. Lembik dan tidak bermaya. Itulah lelaki harapan awak - awak mahu makan pai, dan dia keluar. 

Macam sekarang awak 20-an, dia macam tivi hujung minggu awak. Dia dah lupakan 300,000 ringgit yang dia sediakan; untuk mencari labu kuning, dan dalam doa dia pada Tuhan ketika dia di dalam kereta, "baik aku mati"




Tiada ulasan:

Catat Ulasan