Sabtu, 15 Mac 2014

16 Mac.

Aku terlalu muda untuk persiapkan diri dengan hal-hal yang memerlukan aku untuk memenuhkan memori lepas dalam kepala aku. Mungkin itu yang terjadi. Sebab itu, aku tak mampu ingat dengan cantik tarikh-tarikh kematian, tarikh aku akil baligh dan tarik kali pertama aku jatuh cinta.

Kerana yang paling perih adalah waktu ditinggalkan; waktu dada sedang dikoyak dengan perlahan dan sempurna, dan perempuan itu berkata pada kau, "awak okay?," laksana pemberi aiskrim Baskin Robin yang tak tahu isinya--kismis atau kacang hazel. Dia, menatap wajah aku seolah-olah aku planet yang baru ditemui; dan aku hanya terus berputar pada paksi. Padahal, dalam ingatan aku, akulah lelaki yang paling asing di dunia ini.

Tinggalkan seisinya; aku mahu begitu tiap selalu waktu sedang sakit. Lari kedunia yang pantas aku ciptakan untuk pengkabungan. Dan jangan ada siapa-siapa yang tahu alamat rumahku. Jadilah lelaki yang paling asing, dan waktu orang terlanggar bahu ketika kau membeli setin Nescafe di 7-11, katakanlah cuma "maaf". Jangan dipanjang-panjangkan ingatanku. Terus berjalan, beli tiket elarti.

Jangan peduli. Jangan peduli. Jangan peduli.

3 ulasan:

  1. Deep awak punya luahan hati ni.

    BalasPadam
  2. Pembunuh Tanpa Bayang :


    lamanya menghilang.....

    BalasPadam
  3. Ни одна другая девушка не способна на то, на что способны Фото проститутки Ласковая шлюха, прекрасно сложена и ухожена. Приеду к Вам или приглашу в гости мужчину, желающего приятно провести досуг со мной.

    BalasPadam