Khamis, 14 Jun 2012

de un amigo a otro amigo

Sekarang, Jack dah dai rambut dia. Dah tak macam dulu. Dulu lagi skema. Asyik pakai baju kemeja kotak-kotak. Bezanya cuma warna. Rambut dia dulu, hitam. Tak lari dari baka Melayu.

Jack ni orang Kelantan. Datang ke sini mencari rezeki sebagai seorang driver. Duduk serumah dengan aku. Dia paling tua. Dah berbulan-bulan duduk dengan dia, bukan dia yang jadi orang Kuala Lumpur. Tapi aku yang jadi orang Kelantan. Tetap juga ada slanga Selangor-Jawa tapi okeh-lah, kata Jack. Banyak-kan makan budu. Sambung dia. Bila Jack bercakap, aku memang cekap pasang telinga. Dia pandai buat kelakar tapi dalam kelakar ada unsur nasihat.

Seperti contoh, diceritakan dari seorang sahabat aku kepada aku katanya Jack yang kata. "Cuba kau pikir berapa banyak taukeh nombor ni menang. Sapa taukeh dia?". Tanya Jack dalam slanga Kelantan. Aku cuba translate ke google tapi tak dapat detect kecek kelate.

"Orang cina". Jawab sahabat aku yang satu lagi.

 Orang cina buat nombor ni pakai 1,2,3. Haram. Jadi apakata kita tukar nombor jadi alif, bat, ta!". Seraya Jack berkata dengan ghairah yang amat.

Bagi aku, itu kelakar

***

Berkali-kali Jack bercerita kepada aku tentang zaman silam dia yang jahat, pusher, dan kawan makan kawan. Jack mengajar aku untuk jadi orang jahat yang bijak. Dan dia selalu mengingatkan aku, bila sudah terjebak ke dunia jahat ni, cabarannya lain. Kawan jadi musuh. Sampai kita tak tahu mana betul. Jack cakap, dia buat semua ni sebab nak cari diri dia. Adakah dia selesa dengan dunia jahat, atau yang baik.

Sebelum itu. Lamaaaaa dulu, Jack pernah jadi polis.

***

Sekarang, Jack dah tak pakai baju kemeja kotak-kotak lagi dah. Sekarang dia pakai baju t-shirt warna merah piau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan