Isnin, 9 Julai 2012

Kiri.

Ketika zaman mengenal cinta, alhamdulillah, saya ditemukan dengan A*****. Walaupun ketika itu, umur saya baru 16 tahun, A***** adalah cinta pertama saya selepas cinta monyet saya pada darjah enam tewas dan hanya menjadi kenangan pada surat-surat yang tidak pernah dihantar pada cinta monyet saya dan lukisan 'Aku Dalam Blues' yang memang menjadi kegilaan saya pada ketika itu.

Ketika kami sedang asyik ber-dating di dalam kelas - ketika itu, jamuan hari Raya. A***** duduk dimeja hadapan menghadap papan hitam. Dia mengenakan seragam kurung berwarna biru laut dan sedikit corak-corak kelopak bunga dan bertudung bawal krim. Aku menghadap dia - membelakangkan papan hitam.

Pelajar-pelajar lain semakin berkurang. Yang ada hanya beberapa pelajar yang duduk melepak dibelakang sambil makan asam, lidi-lidi satay yang berceracak diatas pinggan polistrin dan kad-kad ucapan raya yang digantung secara kurang hajar dipintu - kami duduk.

Sedang asyik kami menikmati momen romantik ini, tiba-tiba, A***** mencium jari-jemari kiri saya.

Hmmffff...

Kemudian, dia terdiam seketika.

Hmmffffff.....

Dia hidu lagi. Kali ini, lebih panjang. Saya tahan nafas. Saya sudah berpeluh.

" Busuklah honey!. Kenapa busuk!? ".

" Oh, orang lupa cuci tangan bersih-bersih. Tadi baru lepas berak ". Getus saya dalam hati sambil terkebil-kebil konon macho dan tak ada benda serius.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan