Isnin, 9 Julai 2012

Subuh

" Dol, kejutkan adik-adik kau tu. Diorang tu sekolah ke tak ". Arah mak aku dari daun pintu bilik dia.

Aku masuk ke bilik adik-adik aku dan mendapati ada dua tubuh - satu kurus, satu lagi gemuk-gemuk pendek diatas katil sedang berselubung.

Jadi, selaku abang yang dah habis sekolah, aku ambil tugas sebagai abang yang lebih faham arena persekolahan.

" Engko sekolah tak harini woi? ". Kejut aku dengan suara yang lembut dan penuh penyanyang.

" Tak ". Sayup-sayup kedengaran suara comel adik yang gemuk-gemuk pendek-tu.

" Engko sekolah tak harini woi? ". Kejut aku dengan suara yang agak parau dan penuh brader.

" Tak ". Sayup-sayup kedengaran suara pra-garau adik aku yang kurus-tu.

" Diorang tak sekolah mak ". Seraya keluar daripada bilik sambil termenung jauh pada satu momen.

" Ye sudah ". Balas mak aku sambil kunci bilik dia.

Pada kejauhan momen itu, aku dapat huraikan bahawa, peribahasa dimana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi memang benar dan patut kita berwaspada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan