Ahad, 15 Julai 2012

memo-randum

Ketika aku mahu menulis ini, kebanyakan cinta dalam hati aku dah mula beransur-ansur pergi. Pergi dihembus perempuan yang pernah aku cinta dahulu. Cinta ini kadang dipasak utuh didalam hati aku, kadang ditiup pergi angin benci.

Masih ingatkah kau lagi, ketika aku menjadi anjing untuk cinta kau?. Menjadi anjing kurap dialam maya. Mahukan seutas rantai berlian untuk aku gonggong dan berikan kepada kau yang sedang enak dicium lembut cinta lelaki lain. Tapi, aku tetap juga anjing yang mengonggong. Ketika aku belajar bertatih untuk mengenal kau, kau dahulukan kepada aku soalan yang paling susah untuk aku berikan jawapan. Aku tahu, kita tak pernah jumpa.

Beberapa bulan, aku tetap menunggu kau. Berjanji kita mahu menyaksikan sang mentari terbenam timbul di celah-celah pantai. Hanya kita berdua. Kita habiskan masa bersama. Tapi, kau tetap diam tidak membalas lamaran aku. Maka, jadilah aku lelaki celaka yang tak tahu malu. Berangan-angan. Hantar sms pada nombor anon yang tidak pernah dibalas. Call pada nombor anon yang tidak pernah diangkat. Ayat-ayat pedih yang kau sms-kan pada aku, masih tersemat rapi aku simpan di diari kecil aku.

Aku nekad mahu lupakan kau. Nombor digi aku, hanya ada satu isi contact iaitu kau - aku buang. Aku padamkan angan-angan, cinta aku pada kau perlahan-lahan. Aku meneruskan kerja sebagai tukang urut di downtown Cheras dan Uptown Danau Kota. Hiruk pikuk Kuala Lumpur, asid sitrik dalam perencah maggi yang selalu aku makan membantu aku untuk aku lupakan kau. Kerana, demi kau yang makin jauh, aku sudah gadaikan masa dan hati aku pada orang yang salah!.

Tapi rupanya, segala percaturan aku silap. Pesanan ringkas kau menerjah masuk ke dalam peti mesej aku. Perlahan-lahan aku baca. Dengan not yang sayu - kau datang kembali.

Kita bertemu di Bukit Jalil. Semunya kerana buku - dan, kau.

Buat kau, saat yang paling susah untuk aku terima adalah ketika di Bukit Jalil sewaktu kau genggam lengan aku. Kau usung ke sana ke mari. Kau senyum, tenung wajah aku. Ketika itu, aku adalah lelaki pelacur yang mengonggong cinta dan kasih sayang dari kamu. Di cari ketika perlu. Maaf, aku katakan begitu.

Sebelum kau menjejak kaki, melangkah semula ke dalam relung hati aku itu - aku tadah dengan air muka lelaki yang tak tahu malu demi kasihkan kamu. Walau aku tahu, cinta kau pada lelaki lain hambar - kau kata, kau ditinggalkan. Tapi, aku kasihan yang amat pada kau. Lalu aku terus menadah dengan bekas yang luas untuk kau curahkan cinta kau pada aku dan cinta aku pada kau.

Seksanya aku ketika aku menunggu kau, tidak pernah aku cerita. Cuma malam ini, aku cuma mahu diberikan hak untuk difahami. Kawan-kawan kau fahami aku. Kau fahami aku.

Maafkan aku kerana tidak pedulikan kau. Hati aku sudah tertutup. Kerana apa tanya kau, kau tahu sendiri dan hati aku bukan milik aku.

Rasa cilaka tulis benda ni. Sial.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan