Khamis, 22 November 2012

46

4AM, tak ada apa disini. Saya mahu pulang. Sulaiman, beritahu pada dua orang rakan kamu, supaya jangan lagi hubungi saya, mencari saya disini atau dikuantum lain. Ya, kau juga Sulaiman. Cuma buat apa yang aku suruh. Ya, Beirut memang terlalu dekat dengan hati aku. Siang dan malam disana, tidak seperti aku 'disini', Sulaiman. Di sana semuanya ada, tetapi disana, dikuantum '305 itu aku serasa sunyi, sepi. Sekalipun kau tayangkan pada aku cerita-cerita segar, John sekalipun tak mampu menceriakan aku. Di sana terlalu pekup, riang-tawa kau bersama teman-teman terlalu sunyi. Gelap. Aku tidak nampak apa selain meneruskan perjalanan.

Aku tahu Sulaiman, email kau sudah aku balas: tetapi percayalah Sulaiman, sekalipun aku ini pendosa aku tetap mencintai kamu seperti mana cinta dan sayang kamu pada A'isyah dan Ain, (dan kau tak tahu pilih yang mana) kerana mereka terlalu sempurna.

Aku janji Sulaiman, kita akan bertemu lagi. Cuma bukan sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan