Khamis, 22 November 2012

47

Abdullah, gambar yang kau kirim bersama-sama dengan rakan-rakan telah sampai dan aku tunjukkan pada dua orang temanku. Kau tahu mereka siapa. Tetapi Abdullah, aku hairan melihat kamu; 3 hari kamu pulang dari Beirut, aku sangkakan, kau bilang di tanah air-mu sana, jiwamu akan tenang. Tetapi aku lihat, riang wajahmu sudah tiada; tiada beza ketika kamu di Beirut, dan di tanah air-mu. Abdullah, saya tahu, kamu letih memikirkan tentang diri kamu, tentang kisah-kisah kamu yang kamu cuba rahsiakan dari orang keliling kamu. Abdullah, jangan jadi penakut dengan diri kamu, jangan takut dengan pilihan kamu, kurangkan merokok, hargai mereka yang sayang kamu, pilih pakaian yang cantik-cantik---yang bewarna-warni, rajinkan mandi, jangan tidur lewat, kurangkan melihat masa-masa lampau, kurangkan menangis, mata kamu semakin usang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum.
Sulaiman, Beirut.

1 ulasan: