Jumaat, 31 Mei 2013

Malam Jingga Itu; bersama Ain di Seven-Eleven dan, ting-tong bunyi pintu aku tinggalkan kamu.

Malam terasa panas dengan sepinggan tembikai cair di atas meja. Bukankah ia-nya lebih ironik, jika aku katakan malam jingga ini seperti pasca-armaggedon, dan kemudian muncul teori-teori filem seram yang mengatakan malam jingga ialah malam yang seram berbanding Malam Keliwon-or something like that, dan selepas kita kehabisan malam-malam jingga, kepala-kepala bana ini akan menuju semula ke suatu tempat yang dinamakan Mc Donald’s[?], bersama dengan pasangan-pasangan mereka yang nampak erotik dengan novel-novel hipster. Ting, tong, bunyi pintu seven eleven terbuka. Sayup-sayup kedengaran ucapan terima kasih dari cashier. Hujan renyai---angin bertiup menghembus haruman alkohol dan bekas-bekas kondom dari ex-couple-ex. Berhenti, aku jauh meninggalkan kamu dan kamu meninggalkan aku. Ain, begitulah aku luahkan permulaan cinta aku terhadap kau---ya, ia bukanlah seperti aku mahukan popcorn strawberi, sekotak Marlboro, seketul burger dan kau mahukan Martini Bianco keluaran ‘77 dan seketul tart yang dicipta dengan perasaan ketika kali pertama kita mendengar lagu Love Me Forever dendangan Motorhead, dan kemudian kita menonton cerekerama tanpa mempedulikan keruntuhan akhlak-sosial-remaja, talian internet lembab, dan ruang tamu yang semakin gelap. Ya kan?, dan sebenarnya motif kau adalah motif nakal; dengan niat, menonton cerekarama kerana hanya mahu cahya-cahya ringkas, riang, malap mendodoi kita hingga ke ruang batiniah. Dan juga dialog tanpa suara si pelakon. Ain, sebenarnya, aku mahu (dimana-mana pun kau berada), berhenti membuka mata kau---tutup. Kerana tujuan aku menulis ini bukan mahu membuktikan kecantikan kau, atau kecintaan aku terhadap kau. Aku cuma mahu berhenti bercerita, menulis dan mecintai kau kerana di dalam mata kau, aku lihat Gibran di dalamnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan