Jumaat, 13 September 2013

Kicap. subteks kepada move-on.

Move-on ni sebenarnya subteks[?] kepada kicap. aku rasalah, sebenarnya.

Ada beberapa perkara yang aku runsing kebelakangan ni. Aku cuba untuk buat senarai, tapi aku benci dengan indeks dan mana-mana matematikal form yang berstruktur. Jadi, aku akan tulis dan terus tulis tanpa merujuk kepada form tersebut.

bercakap soal form, sejak kebelakangan ni, aku sedar, yang aku rasa begitu dipengaruhi dengan perkataan 'form'. mungkin juga akibat dari kerja-kerja esei/review mr. norman (aku harap dia terima esei aku), dan banyak nota-nota ilmiah tentang filem dan segala unsur-unsurnya menggunakan perkataan/istilah 'form' ini, dan...lupakan.

tentang kicap, sebenarnya tak terlintas dalam kepala aku untuk bercerita tentang hal ini. kerana ia ada hubung-kait dengan sejarah/masa silam aku. bimbang, kalau adik, sedara-mara, dan mak abah aku baca dan kata aku tak bersyukur, atau mereka menyesal tak berikan aku spaghetti, makaroni, tuttifruiti, dan sebagainya. tapi aku bangga dengan hal-apa-yang-dah-jadi.

dulu, (dululah!) aku selalu rebel kenapa benda ni aku tak dapat benda tu aku tak dapat. aku jadi skeptikal dengan diri sendiri tanpa aku sedar dan aku sebenarnya patetik. dulu pun ya, sekarang pun ya. semua orang patetik dengan diri sendiri. kalau mereka bukan patetik punya orang, mungkin mereka seketul puding mangga. tapi apa aku peduli. kita semua belajar dari kesilapan. kau nak jadi patetik atau puding mangga, itu pilihan kau. 

aku nak jadi rock 'n roll. sebab aku rasa cool.

1.

okay, mungkin aku tak patut gunakan matematikal form. tapi atas alasan kemas dan teratur, aku terpaksa gunakan jugak (baca:sedih).

kicap. aku trauma dengan kicap. oh, mungkin trauma terlalu kejam. tapi aku tak peduli. dulu, masa kecik-kecik dulu, dalam lingkungan era main perang guna kepal-tanah, era main becak, era main guli, era dengar lagu limp bizkit, nirvana, dsb, kicap adalah salah-satu sumber cecair manis yang bewarna hitam yang wajib ada di atas meja makan aku sekeluarga. kicap ini juga selalunya, aku akan tuang dengan banyak, kadang sederhana dan makan dengan lauk-lauk yang lain. selalunya telur dadar. kadang ikan goreng. masa tu, nenek ada lagi. dia akan hidangkan dengan penuh kasih sayang dan tanpa jemu, akan sadurkan segala jenis ulam ke dalam lauk bersama kicap tanpa aku sedar. mak pulak, kadang-kadang lebih kurang. tapi aku paling suka ayam masak kicap mak. dia punya kicap bukan jenis melekit. mak akan lebihkan kuah/cecari. alasan dia, biar jadi banyak untuk makan malam. 

aku tak tahan bab ni. jadi aku teruskan.

aku tak sedar bila-masa yang membuatkan aku benar-benar trauma dengan kicap ni. aku ingat, kali terakhir aku guna kicap ni masa aku buat MLM dulu. tiap kali aku balik dari cari prospek dan tebar flyer atau lebih teruk, spoil-market, aku akan balik rumah dalam pukul 2-3 pagi. jadi, tentulah aku lapar, dan aku harus makan.

telur dadar dan kicap menjadi mangsaku. aku makan depan tivi. pakai sudu - demi untuk menjadi seperti orang kaya. orang kaya tak orang kaya jugaklah. niat masuk MLM nak bantu keluarga, tapi iman kau cuma sebesar biji sawi, entah-entah langsung tak ada. kau sendiri, bila nampak orang naik kereta mewah, pegang duit berkepok, pakai suit, ada awek muka macam Hanis Zalikha, comel macam Liyana Fizi, kau sendiri mesti menyimpang. kau tak jumpa diri kau. kau? aku je.

kemudian aku lupa. aku lupa tentang ni semua. aku tinggal MLM, aku tinggal kicap, dan sekarang aku di UiTM Puncak Perdana. aku belajar filem. dalam umur aku sekarang cecah 21 tahun (eleh!), aku banyak fikirkan pasal adik-beradik aku, keluarga, mak bapak aku, dan aku lebih fokus dalam hal masa depan. sebab, di uitm, kawan-kawan aku semua baya adik aku si Amin tu. paling tua pun 19 tahun. yang sebaya dengan aku, 20, aku tak nak cerita. diorang ada hal diorang dan misi diorang yang 20 sangatz tu. tapi bagi aku sendiri, aku dah tak ada masa.

aku sendiri dah rancang nak sambung ijazah kemudian sambung sampai PhD. tapi aku lemah b.i. master/PhD nanti, (jika diijin tuhan) aku nak sambung kat luar negara. masih lagi dalam 'sekolah filem'. kenapa nak sambung kat luar negara? sebab aku poyo dan kau-orang tak mampu jadi aku. 


p/s: aku sembang tentang 1 perkara, tapi kelaut. aku memang lemah dalam matematik. dan begitu keperempuanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan