Ahad, 15 September 2013

tanam, dan tumbuh

sekarang september dan saya percaya beberapa bulan lagi, saya akan menjejak ke umur 21 yang sungguh poyo. insha Allah. satu perkara yang saya mahu sebut disini ialah kehidupan ini sungguh memeritkan dan membosankan. saya pernah menyebut di dalam LDK KI yang hidup ini memeritkan teman, dan untuk menjadi diri sendiri awak harus jujur dan berani dan belajar dari kesilapan.

ada satu perkara yang saya tipu disini. berani.

ada ada satu perkara yang saya lupa nak sebutkan. kalau tak mampu belajar dari silap diri sendiri, belajar dari kesilapan orang. ini saya tujukan ke diri saya sendiri. teman-teman saya yang lalu, tahu saya bagaimana. tahu bagaimana saya disini. apatah lagi umi.

umi banyak meransang saya untuk terus hidup diatas muka bumi ini. dengan redha dia, saya berada di mana saya berada sekarang. saya kadang sesal dan ajukan pada umi, umi kata, saya belum matang untuk mencerna keadaan yang jadi. sekarang. saya tahu yang saya masih anggap ini semua memeritkan. kehidupan tak pernah memeritkan. ia bergantung kepada bagaimana saya mencerna keadaan itu. ia proses.

proses ini terlalu lambat mengikut mana-mana manusia untuk faham dan tahu yang dia sebenarnya sedang ditenyeh. saya tak peduli apa poin yang saya mahu cakap/tulis sebenarnya. saya mahu tidur sekarang. nanti, jam 3 petang, cik mis ada kenduri. sepupu saya marwan baru pulang dari Al-Azhar. di seksyen 23 nanti, umi ada, abi ada, adik-adik pun ada sekali. is, wan, bob ajak mandi sungai pukul 6 nanti. aku fikir, apa gila mandi sungai tengah pagi?.

aku baca balik apa aku nak tulis ni. aku betulkan niat dan cuba untuk fokus. okay, yang sebenarnya, nanti, lepas graduasi, aku mahu ada studio sendiri. aku mahu melukis, novelis, fotografer, filmaker. aku tak mahu keluar makan gaji. aku harap isteri aku faham. see? isteri. nampak tak betapa poyonya saya. kan?.

tu je sebenarnya. selamat malam binatang!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan