Jumaat, 20 September 2013

lelaki yg keluar melalui tingkap bilik awak.

Ada seorang lelaki, yang sedang dalam skedul pembelajarannya untuk ke Perak, sedang dalam pertimbangan; samada untuk menghabiskan masanya di perak, atau bersama gief-nya, dan menghabiskan 5 hari cuti study-weeknya bersama gief-nya. akibat kredibiliti dan kuasa manusia yang begitu terhad, dia tidak punya majis untuk membaca tarikh-tarikh penting atau melihat dan meramal bagaimana dan apa yang akan terjadi esok. tapi dia yakin, sesuatu yang menyeronokkan akan berlaku. sehingga jam 2.30 petang tadi, dia meninggalkan bis yang dalam skedul pembelajarannya ke perak dengan sengaja kerana dia tahu, ada majis yang akan terjadi untuk hari ini (jumaat), sabtu, ahad, isnin, selasa, jam-jam yang seterusnya dan tiap tiap detik bersama giefnya. akibat kegelinciran masa dan dosanya pada tuhan, lalu dengan tiba-tiba ada sesuatu yang lebih besar terjadi yang jika ada baca bahagian ini, ia akan sungguh membosankan - dan saya juga tiada larat untuk menaip dengan panjang lebar - tetapi apa yang anda harus tahu ialah, giefnya lelaki itu sedang berada di penjuru dunia yang tidak mampu dicapai. lalu tinggallah dia sendirian dikolej kediaman menantikan hari ahad agar dapat kembali pulang ke rahmat tuhan. (doakanlah) kerana lelaki itu sekarang sedang terlalu bosan dan mengharap dunia ini kacau bilau dengan adanya dia menjadi zombie. oh ya, dia memang amat mahu menjadi zombie pada saat ini. kerana percaya atau tidak, dia mahu menjadi seorang zombie kerana kemurungan, rasa ditinggalkan, bosan, dan duniannya dilihat semakin mengecil. tubuh dan jiwanya terhimpit. 

tamat.

1 ulasan:

  1. kesiannye...

    study sorang-sorang adalah lebih fokus!

    chaiyok ~!

    :P

    BalasPadam