Ahad, 3 November 2013

yang jauh jauh

Pengalaman tak pernah lari dari hidup kita. terutama yang buruk dan yang kita benci. kadang kita cuba untuk padam dengan alasan moga hidup kita lebih baik dari yang dulu, moga apa pun jadi, kita tak bertembung dengan kejadian yang dulu. mungkin tuhan maha adil dan esa. dia letakkan semua tu semula untuk menguji samada kita cekal - berani untuk berhadapan dengan pengalaman itu, atau pun kita segera lari biar sampai tiada yang berani kejar.

aku pernah pesan kepada bob. kita anak muda, elok mengembara. kita boleh rasa semuanya dengan mata hati kita sendiri. tak ada sesiapa yang halang. sial atau bertuah semua pilihan kita. kita yang tentukan; bagaimana untuk hadapi semuanya. tak macam sekarang. kita rasa semuanya dari mulut orang, internet dan sumber-sumber yang tak asli. apa yang lagi buruk, kita terus percaya. kita tak ada asas untuk menolak atau membangkang - sebab kita belum jumpa siapa diri kita. dan bila kita belum jumpa diri kita, kita tak akan jumpa tuhan.

kita menganut islam sebab itu agama rasmi - di dalam i/c, dalam perlembagaan, budaya dan sistem. dan apa yang silap, kadang benda ni susah orang nak faham bila kita rasa kita islam kita istimewa. kita islam, kita boleh meletakkan selain dari islam seburuk-buruknya. bukan antara islam dan yahudi sahaja, kadang sesama islam, kita cuba membanding antara si fulan dengan si fulan; bandingkan sapa lagi layak masuk syurga. aku paling bimbang bila aku rasa macam tu. rasa istimewa dan konfem masuk surga - sebab kita islam - dan apa yang paling teruk, kita tak perlu cari tuhan kita. sebab kita dan islam, dan jangan risau tentang azab seksa kubur. 

ini semua proses pencarian diri. aku cakap juga benda ni kat bob, kadang aku lagi rela diam sebab tak tahu apa yang patut untuk aku cerminkan diri sendiri sebelum aku hukum seseorang atau nasihat dia. sampai sini, aku tak tahu nak tulis apa. sebab proses pencarian diri adalah satu proses yang amat panjang.

selamat malam binatang-binatang. 

1 ulasan:

  1. Kenallah diri mu dengan rata, lalu binasalah semuanya. Tinggalah Dia se-Esa-Nya

    BalasPadam