Khamis, 6 Februari 2014

Yang dikutip-kutip menjadi satu.

Aku tak tahu. Mungkin dia sedang memandang aku sekarang; saat cahaya yang menabrak ke wajah aku bersama dengan putaran filem yang belum siap ditonton, mungkin saat yang paling enak untuk dia menyelam ke dalam mataku, bibirku, dan membiarkan segala ruang kosong dan kabur di dalam diriku menjadi teluk yang dipenuhi dengan mainan animasi sewaktu kami kecil. 

Moga, dia menjadi gadis kartun kegemaranku. Dan aku menjadi maskot kamen-raider kebanggaannya. Aku mahu jemarinya menyelati jemariku kemudian kami berdansa diatas sofa ini dengan memakai kostum maskot kegemaran. Biarkan filem itu terus berputar, sayang. Katanya.

Aku tak mahu, disebalik topeng animasi ini, dia melihat secara terus ke wajah aku dan terus berkata, "awak sakit ke Abdullah?".


1 ulasan: