Jumaat, 31 Mei 2013

kawan saya, Ali

kawan saya, Ali, mahukan kehidupan yang menyihatkan, tetapi dia mahu hisap rokok american-blend, yang tembakaunya dikisar bersama wain. setiap pagi, dia mahukan cereal bersama susu lembu sejuk dan segar sebagai sarapan. mahu kerja bersama-sama ideanya yang dia percaya tiada siapa mampu berkongsi bersamanya. tiap pulang dari kerja (Ali tidak mahu kerja terikut dengan masa, tapi berdisiplin) dia mahu buka setin power-root ginseng yang dicampur ke dalam tongkat ali, peh, manis dan menyegarkan.

kemudian dia mahu tonton filem di dalam sebuah ruang/bilik khas, bersama-sama dengan teman wanitanya, makan emping ubi yang ditabur lada, debu-debu, hama-hama, dan rona bilik yang hanya disimbah skrin tivi.

itulah setakat ni yang saya tahu, apa yang Ali idam-idamkan. 

Amin.

1 ulasan: